Saturday, October 20, 2012

Cerita D'impian Group

D'impian Group diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu En. Baharuddin Mohamed dan isterinya Puan Zawiyah binti Saimin. Ditubuhkan sejak 2008, kini D'impian Group terus tumbuh menjadi sebuah syarikat berdaya saing dengan kepelbagaian bidang perniagaan yang diceburi. 

Pengasas D'impian Group :: Baharuddin Mohamed dan Zawiyah Saimin
Mereka bermula dengan menubuhkan D'impian Inn Hotel (  http://www.dimpian.com.my/  ) ditengah pekan Parit Raja, Batu Pahat. Di permulaan perniagaan, mereka membangunkan hotel tesebut tanpa sebarang pinjaman dari mana-mana bank diperingkat permulaannya. Berkat usaha dan percaya dengan impian, mereka meneruskan perjuangan hingga sekarang. D'impian Inn Parit Raja adalah sebuah budget hotel pertama di pekan tersebut yang diubahsuai dari 27 buah rumah kedai pada asalnya. Mempunyai dewan seminar, bilik seminar, kafe dan bilik penginapan yang boleh menampung lebih 200 orang pada satu-satu masa.

D'impian Inn cawangan Parit Raja adalah hotel pertama yang
 diusahakan oleh D'impian Group  
Syarikat kedua di dalam D'impian Group adalah D'impian Agro yang menjalankan beberapa aktiviti agro niaga seperti ladang sawit, ladang serai, ternakan lembu, pemprosesan baja dan lain-lain.

Ladang serai milik D'impian Agro

Ternakan lembu antara aktiviti D'impian Agro.

Syarikat yang ke-tiga dalam rangkaian perniagaan adalah DRTC. D'impian Resort & Training Centre ( http://dimpiancamp.blogspot.com/ ) merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392). Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya. Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fisiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Penubuhan DRTC ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.

Salah satu aktiviti berkumpulan yang diadakan dalam kem motivasi di DRTC
D'impian Inn Hotel cawangan Shah Alam ( http://hoteldimpian.blogspot.com/ ) adalah salah satu rangkaian perniagaan D'impian Group yang juga menjalankan jenis perkhidmatan perhotelan dan penginapan di beberapa lokasi iaitu di D'impian inn (Batu Pahat) dan D'impian Resort & Training Centre. Dengan wujudnya hotel ini akan menambah satu lagi pilihan penginapan yang murah dan selesa di bandaraya Shah Alam, Selangor.

Beberapa contoh suasana bilik di D'impian Inn Shah Alam

Beberapa rangkaian niaga D'impian Group

D'Kakilelong :: http://dkakilelong.blogspot.com/

Gudang D'kakilelong cawangan Muar menjual barangan baru dan terpakai dengan harga murah
D'impian Kopitiam :: http://dimpiankopitiam.blogspot.com/

Suasana malam di D'impian Kopitiam
D'impian Catering ::  http://dimpiancatering.blogspot.com/ 

Aktiviti perniagaan D'impian Catering 

Aktiviti sewa kereta 
Impian Jaya holding Sdn Bhd

Aktiviti pembinaan, ubahsuai dan hartanah

Techscoms Sdn. Bhd. :: syarikat komputer



Restoran Mohamed Long : Masakan cina muslim

Cawangan pertama restoran Mohamed Long




2 comments: